Wednesday, December 23, 2009

MAKE UP PRODUCTS

2 Way Cake Foundation SPF20 RM30.00(WM)/RM32.00(EM)

Solekan sempurna terhasil dari kulit yang sihat dan bebas dari sebarang cela. 2 Way Cake Foundation SPF20 merupakan bedak padat dengan kemasan licin umpama satin selembut sutera pada kulit. Teksturnya padat dan halus menjadikan kulit kusam tampak lebih  bercahaya dan berseri.  Mengandungi kadar SPF 20 yang bertindak sebagai  agen penapis sinar suria untuk mengatasi masalah kulit berkeduti, kering, berjeragat dan kusam. Rumusan yang dicipta sesuai digunakan untuk kulit wanita Asia menjadikan kulit lebih gebu dan sempurna secara semulajadi.

KEISTIMEWAAN 2 WAY CAKE FOUNDATION SPF 20
- Mudah menyerap dan sekata pada wajah
- Teksturnya yang halus dan melekat sempurna pada kulit lebih gebu dan sempurna secara semulajadi
- Mengawal lebihan minyak tanpa kilatan
- Mempunyai vitami A dan E
- Bersifat mengandungi anti-penuaan
- Tidak menghalang liang roma yang menjadi punca jerawat

WARNA PRODUK
- Almond(gelap)
- Warm(cerah)

Creme Stick Foundation SPF20 RM40.00(WM)/RM42.00(EM)

Untuk mendapat kulit sempurna tanpa cela gunakan Creme Stick Foundation SPF 20. Formulasi dari bahan semulajadi dan SPF 20  serta kolagen memastikan kulit  tidak kering atau berminyak. Sesuai untuk semua jenis kulit. Ia menyerap lembut selain ringan pada kulit. Hasilnya, solekan lebih memukau dan menyerlah. Mengandungi pelembab untuk memudahkan sapuan agar tidak bertompok-tompok. Kulit lebih gebu dan licin bagai telur dikupas tanpa cela.

KEISTIMEWAAN

- Formulasi dari bahan semulajadi dan kolagen
- SPF20 bertindak sebagai penapis sinar suria yang merbahaya dan sebagai pengganti 'sublock'
- Mudah disapu dan mengandungi pelembab agar sapuan sekata pada wajah
- Pengganti kepada 'concealer' untuk menutupi parut jerawat, cela atau jeragat pada wajah
- Tidak berminyak, kalis air dan tidak menyumbatkan liang pori
- Diformulasi sesuai untuk semua jenis kulit
- Menjadikan solekan lebih kemas, tona kulit sekata dan licin

WARNA PRODUK
- Cerah
- Gelap

Whitening Makeup Liquid Foundation RM32.00(WM)/RM34.00(EM)

Whitening Make-up Liquid Foundation adlah krim cecair yang bertindak lembut pada kulit dan merupakan 'foundation' 4 dalam 1 iaitu bedak cecair, pelindung matahari,  esen pemutih dan base make-up yang memberikan kemasan halus  seperti kulit kedua. Ia bertindak sebagai base pada wajah sebelum memulakan tatarias  dan mampu memberikan kulit  lebih segar dan cerah sepanjang hari. Mengandungi agen pemutih yang bertindak memudarkan parut, jerawat dan jeragat  serta melindungi  daripada sinaran UV.

KEISTIMEWAAN

- Bertindak sebagai krim siang  atau 'Sunblock'
- Mempunyai kadar SPF 35 untuk melindungi kulit
- Melekat pada wajah secara semulajadi
- Memberi kesan solekan yang lebih kemas
- Mempunyai agen pemutih yang mencerahkan wajah dan memudarkan parut
- Tidak berminyak dan ton kulit lebih sekata
- Tahan lebih dari 8 jam
- Menyerlahkan warna kulit yang kusam
- Memudarkan masalah jeragat dan parut jerawat

WARNA PRODUK
- Pearl
- Peach

Twin Pack RM58.00(WM)/RM61.00(EM)

Kini anda boleh berjimat dengan pembelian 2 produk dalam 1 pek eksklusif. Twin Pack mengandungi Whitening Make Up Liquid Foundation dan 2 Way Cake Foundation SPF 20 mengiut warna citarasa pilihan. Pek ini khusus untuk wanita  yang mementingkan kesempurnaan mekup, kulit dan tatarias leibh gebu selain bedak asasnya bertindak menyihatkan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Natural Lip Color RM25.00(WM)/RM27.00(EM)

Bibir merah bak delima adallah menjadi idaman setiap wanita. Kini, pelembab bibir dengan revolusi terbaru dari Sendayu Tinggi, Natural Lip Color  yang diformulasikan dari bahan semulajadi seperti Kolagen, Minyak Jojoba, Aloe Vera, Minyak Zaitun dan ekstrak gamat dilengkapi SPF 15 memastikan bibir lembap dan kemerahan semulajadi  mengikut suhu badan dan darah seseorang. Ia mengelakkan kulit bibir menjadi kering  dan memastikan bibir kekal anjal. Hasilnya bibir kelihatan lebih penuh,licin dan mengiurkan  tanpa memerlukan sapuan pengilat bibir atau gincu.

KEISTIMEWAAN
- Formulasi dari ekstrak bahan semulajadi seperti Jojoba,Aloe Vera,Minyak Zaitun,Minyak Bunga Matahari
- Mempunyai SPF 15 untuk melindungi kulit bibir dari merekah dan kering
- Kandungan Kolagen memastikan bibir anjal dan penuh
- Bersifat ringan pada bibir dan tidak berminyak
- Melembapkan dan mengelakkan bibir dari mengelupas
- Warna kemerahan bibir tahan lebih lama untuk sepanjang hari

Easy Glide Pencil Liner RM20.00(WM)/RM22.00(EM)

Dari mata turun ke hati, begitulah istimewanya panahan mata. Formulasinya diilhamkan dari melihat kecantikan mata wanita arab yang terkenal dengan pemakaian celak mata yang tidak pernah lekang. EASY GLIDE PENCIL LINER bersifat lembut serta mudah disapu dan tahan lebih lama. Mata yang kecil juga boleh kelihatan lebih besar dua kali ganda dari saiz asal. Kemasanya yang lembut juga menjadikan celak ini pengganti kepada penggunaan pembayang mata

KEISTIMEWAAN

- Warna celak pekat dan tahan lama
- Mudah sapu dan licin pada kulit mata
- Sesuai untuk kulit mata yang kering dan sensitif
- Tidak perlu diasah atau mudah patah

WARNA PRODUK
- Black
- Brown
- Formulasi dari bahan semulajadi dan kolagen
- SPF20 bertindak sebagai penapis sinar suria yang merbahaya dan sebagai pengganti 'sublock'
- Mudah disapu dan mengandungi pelembab agar sapuan sekata pada wajah
- Pengganti kepada 'concealer' untuk menutupi parut jerawat, cela atau jeragat pada wajah
-  Tidak berminyak, kalis air dan tidak menyumbatkan liang pori
- Diformulasi sesuai untuk semua jenis kulit
- Menjadikan solekan lebih kemas, tona kulit sekata dan licin

WARNA PRODUK
- Coklat
- Hitam

Tuesday, December 22, 2009

FACE & BODY SOAP

Zeodari Soap RM15.00(WM)/RM18.00(EM)

Kulit Cerah & Gebu  Dengan Sabun + Lulur

Rahsia masyarakat wanita Banjar Masin kelihatan amat cantiik, menawan dan berseri adalah dengan hanya menggunakan ramuan herba semulajadi seperti gabungan rumpai laut, pulut sangai, kencur, minyak zaitun, dan beberapa herba lain untuk membersihkan  tubuh dipanggil  'melangir' bagi menanggalkan daki dan kotoran. Zeodari soap dirumus khas dalam bentuk sabun untuk kegunaan  harian bagi semua individu.Sesuai untuk lelaki dan  wanita.

Keistimewaan Zeodari Soap
- Membuang toksin di permukaan kulit, sel-sel kulit
- Memudahkan tanda-tanda hitam akibat luka serta memutihkan badan terutama wanita bersalin
- Memperbetulkan  tekstur kulit dan mengekalkan zat-zat yang diperlukan
- Mencerah, melembap dan menyegarkan kulit yang tidak bermaya
- Sebagai mandian bagi mandian bagi wanita di dalam pantang
- Membasmi kuman yang menyebabkan jerawat pada belakang badan

Golden Herb's Soap RM15.00(WM)/RM18.00(EM)

Wajah  Bersih  & Segar Dengan Sabun Herba

Golden Herb's Soap adalah sabun muka daripada herba-herba semulajadi yang terpilih dan mampu menghaluskan, mencerahkan, menggebukan serta mengembalikan keremajaan kulit wajah dengan semulajadi. Ia sesuai  digunakan oleh semua peringkat golongan dan semua  jenis kulit.

Keistimewaan Golden Herb's Soap
- Membersihkan wajah dan kotoran yang menjadi punca jerawat
- Sebagai bahan pencuci  bagi yang menggunakan 'Nosygone' untuk mengatasi masalah resdung
- Bagi kulit berminyak, penggunaan  Golden Herb's Soap  membantu mengimbangi lebihan minyak
- Mengurangkan hama resdung, jerawat dan kerengsangan hidung
- Menghilangkan pigmentasi dan menegangkan kulit muka
- Mengatasi masalah ruam dan kudis kecil yang sering dialami kanak-kanak
- Sesuai digunakan untuk mandian bayi
- Sesuai untuk jenis kulit yang terkena panau,kayap dan badan bersisik

BREAST CARE

Breast Cream RM46.00(WM)/RM48.00(EM)

Menjadikan Payudara Lebih Besar, Anjal & Tegang

Breast Cream dari Sendayu Tinggi diformulasikan dari herba semulajadi seperti Pueraria Mirifica dan ekstrak 'Red Clover' menjadikan payudara  yang kendur dan kecil kekal lebih anjal, padat dan tegang. Tekstur krimnya yang halus dan mudah meresap jauh ke dalam tisu payudara menjadikan kulit lebih lembut. Ia turut membantu membesarkan saiz payudara dengan penggunaan yang konsisten.

* Gunakan bersama dengan Beauty & Breast Pump selepas menggunakan Breast Cream untuk hasil yang lebih pantas. Kombinasi produk ini membantu payudara lebih besar dan anjal dengan 4 kali penggunaan sahaja.

BEAUTY & BREAST PUMP RM389.00(WM)/RM392.00(EM)

Membesarkan,Menganjalkan Payudara & Mencantikkan Tubuh

Beauty & Breast Pump merupakan mesin 2 dalam 1 iaitu pengurut pembesaran payudara dan juga membentuk tubuh badan agar pejal selain menghilangkan selulit. Ia merupakan produk yang dinantikan  oleh kaum wanita. Dengan pengunaan mesin ini, payudara kembali kencang, padat dan anjal tanpa perlu melalui proses pembedahan selain badan lebih langsing dan terbentuk. Mesin ini amat mudah dikendalikan dan kesan perubahan boleh dilihat selepas 4 kali penggunaan.

* Dapatkan BREAST CREAM dengan PERCUMA dengan pembelian mesin Beauty & Breast Pump.

Keisitmewaan Beauty & Breast Pump
•  Membesar dan memejalkan payudara khususnya wanita selepas bersalin.
•  Mencantik dan melangsingkan tubuh baan.
•  Untuk kesan efektif, gunakan bersama Breast Cream untuk  membesarkan dan menegangkan payudara

VIRGIN SERIES

Virgin Series RM64.00(WM)/RM66.00(EM)

Menghangatkan semula hubungan intim

Set penjagaan bahagian feminin wanita yang mengandungi Virgin Cream dan Virgin Wash dalam memelihara, menjaga kebersihan, mengatasi masalah keputihan, merapatkan otot vagina di samping memberikan kehangatan hubungan suami isteri.

Krim Perapat & Pelincir Untuk Wanita Sentiasa Hangat Menggoda
Bagi wanita yang berusia 30 tahun ke atas dan memiliki ramai anak kebiasaannya mengalami simptom dingin seksual dan kekeringan semasa melakukan hubungan intim. Kini, dengan gabungan herba serta gel mudah sapu iaitu Virgin Cream mampu mengatasi masalah tersebut. Ia merangsang hormon seks dan merapatkan otot vagina seperti dara kembali. Ia memberikan kepuasan dan kehangatan untuk hubungan suami isteri.

Keistimewaan Virgin Cream
 •    Merapatkan otot vagina yang longgar selepas bersalin.
 •    Menguatkan cengkaman otot vagina semasa hubungan seksual.
 •    Mengatasi masalah vagina menjadi kering semasa hubungan kelamin.
 •    Merangsang hormon wanita dan mengelakkan masalah dingin seksual.  
  •    Menghasilkan hubungan suami isteri yang lebih hangat dan sensasi.
 •    Meningkatkan hormon seksual wanita.

Penggunaan:
Sapukan pada bahagian vagina sebelum bersama. Gunakan apabila perlu sahaja.

Pembersih Herba Untuk Feminin Wanita
Kebersihan alat sulit adalah perkara yang perlu diberi penjagaan khusus. Kini dengan formulasi terkini pembersih feminin dengan gabungan 4 ekstrak herba mampu memberikan kebersihan maksimum selain merapat dan mengetatkan otot vagina. Ia juga membantu mengatasi masalah kegatalan semasa haid, keputihan dan menyembuhkan luka jahitan selepas bersalin dengan pantas.

Keistimewaan Virgin Wash:
 •    Pencuci alat sulit wanita dengan 4 ekstrak herba iaitu Pueraria Mirifica, Kacip Fatimah, Manjakani dan Aloe Vera untuk merapatkan otot feminin wanita.
 •    Berkesan mengatasi masalah keputihan dan masalah dalaman wanita.
 •    Berkesan membunuh bakteria yang menjadi punca kegatalan dan bau yang kurang menyenangkan.
 •    Menyembuhkan luka jahitan selepas bersalin dengan pantas.
 •    Memelihara keseimbangan pH untuk rasa lebih selesa sepanjang hari.

Cara penggunaan:
Sapu lembut pada bahagian vagina kemudian bilas dengan air. Untuk wanita dalam pantang bilas menggunakan air suam untuk menyembuhkan luka jahitan.

TIPS
Gunakan bersama Virgin Cream untuk kesan yang lebih pantas.

SET PENCERAHAN BADAN

Set Pencerahan Badan RM55.00(WM)/RM58.00(EM)

Set Pencerahan Badan adalah produk untuk mereka yang ingin menjaga kecantikan dan memelihara kulit secara luaran dengan sempurna. Set ini membantu melindungi, mencerahkan kulit secara semulajadi dan menanggalkan kotoran pada badan supaya kekal cantik berseri serta lembut. Set ini mengandungi 3 produk seperti Zeodari Soap, UV Whitening Body Lotion dan Between.

BETWEEN

Between RM27.00(WM)/RM30.00(EM)

Menanggalkan Daki & Mencerahkan Kulit

Bahagian pelipat seperti belakang leher, ketiak, celah paha dan punggung adalah kawasan yang sering kali kurang mendapat perhatian. Ini menyebabkan bahagian tersebut menjadi kasar, hitam dan berkerak. Untuk mencerah serta menghaluskannya kembali memerlukan produk yang baik. Oleh itu, Between merupakan formulasi hebat berunsurkan herba seperti almond, aprikot kernel, epal dan anggur untuk menyingkirkan daki dan sel kulit mati, melembutkan, memulihkan semula kulit, memperbaharui serta melindungi kulit anda. Paling utama, ia mampu mencerahkan kawasan yang gelap atau parut pada badan.

Keistimewaan Between:
 •  Membantu melembut dan melembabkan kulit yang kasar.
 •  Menanggalkan daki yang terperangkap pada kulit pada bahagian punggung, celah paha, ketiak, siku, tengkuk, tangan dan juga kaki.
 •  Mencerahkan kulit dan mengalakkan pembentukan kulit baru.
 •  Membantu menggelupaskan sel-sel kulit lama dan mati pada badan.
 •  Mengatasi parut pada kulit dan kesan jerawat di belakang badan.

UV WHITENING BODY LOTION

UV Whitening Body Lotion RM20.00(WM)/RM22.00(EM)

Badan Putih & Gebu

Bukan sahaja wajah yang perlu kelihatan cantik, cerah dan gebu tetapi badan juga memerlukan rawatan yang membantu menyerlahkan lagi kulit yang lebih sihat dan cerah. UV Whitening Body Lotion adalah losyen pemutih badan yang mengandungi agen pemutih dan beeswax yang melembapkan kulit dan tidak berminyak serta mudah menyerap pada kulit. Amat sesuai untuk kulit sensitif. Ia merupakan produk 4 dalam 1 yang bertindak sebagai pelindung matahari, pencerah, losyen dan pewangi. Kaya dengan SPF 15 untuk melindungi kulit dari sinaran cahaya yang menyebabkan kulit menjadi gelap dan kusam.

Keistimewaan UV Whitening Body Lotion:
 1. Memutihkan, menggebukan kulit badan dengan cepat dan serta-merta selepas sapuan.
 2. Memudarkan kesan-kesan parut pada bahagian badan.
 3. Bertindak sebagai losyen pewangi tubuh sebagai pengganti cologne.
 4  Memberikan ton warna kulit yang lebih sekata.
 5. Mengatasi masalah kulit kehitaman atau berkerak pada celah ketiak, paha, lengan dan kaki.
 6. Kulit badan lebih cerah dan sekata dalam tempoh 7-14 hari.

BODY CONTOUR CREAM

Body Contour Cream RM45.00(WM)/RM48.00(EM)

Melangsing & Membakar Lemak

Losyen pelangsing untuk kegunaan luaran bagi membakar lemak badan dengan pantas. Berfungsi merampingkan dan membentuk badan malah menyingkirkan bonjolan lemak yang berlebihan. Diperkayakan dengan formula eksklusif daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan semulajadi seperti Lespedeza Capitata Ekstrak, Ulva Lactuca Ekstrak, Combretum Micranthum Leaf Ekstrak. Pemilihan herba-herba terpilih dari negara Eropah adalah di antara bahan yang belum pernah diperkenalkan di negara ini sepenuhnya.

Keistimewaan Body Contour Cream:
 •  Memecahkan selulit yang kelihatan ketara seperti kulit oren di bahagian yang tidak diingini.
 •  Menyingkirkan lemak di bahagian badan tertentu seperti perut, paha, lengan, punggung dan betis.
 •  Mempunyai pelembap yang melembutkan kulit sekaligus merawat kulit yang kasar.
 •  Menghilangkan kesan bergaris selepas melangsing badan dan menegangkan kembali kulit yang kendur.
 •  Menghapuskan toksin (bahan perkumuhan) dan air berlebihan dalam sistem lemak.
 •  Menghalang pembentukan lemak berlebihan pada badan.
 •  Memudahkan pembuangan air besar dan kecil.

Tindakbalas:
 •  Selepas sapuan, kulit terasa sedikit panas atau merengat.
 •  Sedikit gatal dan terdapat kesan merah. Ia menandakan proses pembakaran lemak sedang berlaku.
 •  Bagi anda yang berkulit tebal, kesan ini agak lambat sedikit berbanding dengan yang berkulit nipis.

* Simptom adalah bersifat sementara. Sekiranya berlarutan hentikan pengambilan.

SOOTHING CREAM

Soothing Cream RM46.00(WM)/RM48.00(EM)

Merawat kulit sensitif, kemerahan dan menggelupas

Diformulasikan untuk membantu merawat kulit wajah yang sensitif, pedih dan kemerah-merahan disebabkan oleh penggunaan produk pengelupasan yang keterlaluan, menjadikan kulit kembali normal dan menyeimbangkan kembali kulit di samping merehatkan wajah. Ia juga bertindak sebagai pelembap untuk wajah lebih haus dan gebu.

Monday, December 21, 2009

FOUNDATION WITH SUNBLOCK SPF33

Foundation with Sunblock SPF33 RM40.00(WM)/RM42.00(EM)

Bedak Asas Dengan Pelindung Matahari

Foundation With Sunblock SPF 33 adalah bedak asas dan krim pelindung yang memberi kesan solekan yang kemas, cantik dan licin pada wajah selain melindungi kulit dari selaran matahari. Merupakan produk 4 dalam 1 yang bertindak sebagai sunblock, base, foundation dan concealer. Diformulasikan dari krim yang lembut dan menghasilkan lapisan yang mengekalkan kelembapan kulit di samping membekalkan Vitamin E kepada kulit serta melindungi daripada sinaran UVA & UVB. Foundation yang tepat mampu menghasilkan kulit cantik, berseri dan sempurna. Ia juga mampu menjadikan kulit sihat dan segar sepanjang masa. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Keistimewaan Foundation with Sunblock SPF 33:
•  Foundation with Sunblock SPF 33 amat sesuai untuk semua jenis kulit dan boleh digunakan setiap hari.
•  Formulasi daripada gabungan stick foundation dan liquid. Bertahan selama lebih kurang 8 jam tanpa perlu dibilas.
•  Tidak berminyak, kalis air dan juga mengandungi SPF 33.
•  Membantu meratakan ton warna kulit muka.
•  Kombinasi penggunaan warna foundation Natural dan Soft akan menghasilkan warna solekan yang lebih menarik dan cantik.
•  Bertindak sebagai tabir pelindung suria dan menghalang penyejatan lembapan.

WARNA PRODUK
•  Soft
•  Natural